Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ Terbaharu Tiba di Malaysia

HOME_APPLIANCES 08/11/2022

Share this content.

You can share the items you like with your friends


Tambahan terkini kepada keluarga produk LG PuriCareTM menawarkan pensterilan automatik, dengan penggantian dan langganan penapis yang mudah 

 

 

 

PETALING JAYA, 11 Ogos 2022— Pengeluar peralatan rumah terkemuka LG Electronics Malaysia (LG) hari ini memperkenalkan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri kepada barisan produk Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ mereka. Ini turut menandakan tahun ketiga LG Electronics berada di dalam pasaran penulen air di Malaysia dan meneruskan usaha memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah melalui produk-produk inovatif mereka. 

Ketika rakyat Malaysia meneruskan kehidupan di dalam fasa endemik, para pengguna kini mahu mendapatkan bekalan air bersih dan tulen, secara bersih dan mudah.  Setelah ekonomi kembali rancak dan ramai telah pulang kepada kehidupan kerja harian, semakin ramai yang menginginkan supaya tahap gangguan dan kesulitan terhadap jadual dan rancangan mereka  dapat diminimakan. Malah, ramai yang masih berwaspada terhadap pelawat yang datang ke rumah.  Keadaan ini mendorong LG menawarkan penyelesaian LG melalui barisan produk Penulen Air Tanpa Tangki baharu mereka, dengan perkhidmatan penyelenggaraan yang lain daripada jenama lain. Teknologi tanpa tangki revolusioner LG ini membenarkan akses kepada air bersih yang bebas daripada pertumbuhan mikroorganisme dan kekal segar pada sebarang suhu.  Mesin penulen air yang ditambah baik ini juga mempunyai ciri sterilisasi automatik dan juga penggantian dan langganan penapis yang mudah, membaharui konsep “Layanan Diri Menyeluruh”. Tambahan lagi, ia muncul dengan warna Biru Kelasi  (Navy Blue) yang unik di pasaran.

 


Fungsi sterilisasi automatik Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ berupaya mensterilisasikan paip keluli tanpa karat dan juga saluran keluar dengan air panas yang membasmi 99.99% kuman. Sistem automatik ini mensterilisasikan paip keluli tanpa karat dalaman sekali seminggu, dan ketetapan boleh ditentukan oleh pengguna mengikut kehendak mereka, dengan menekan satu butang sahaja. Sistem Penapis Puri 4-Peringkat juga membasmi mikroorganisme, 99.99% norovirus dan 9 jenis logam berat termasuk merkuri, plumbum, arsenik, kadmium, besi, tembaga, aluminium, mangan dan zink yang terkandung di dalam bekalan air mentah.

 

 

Tambahan lagi, cirian “Layan Diri’ terbaharu ini sangat bermakna bagi pengguna yang sibuk dengan jadual masing-masing; reka bentuk penapis yang ringkas membolehkan pengguna menukar penapis dengan mudah mengikut ketetapan pengguna dan tanpa menunggu perkhidmatan penjagaan pelanggan. Hanya dengan memulas dan menarik, penapis boleh ditukar ganti dengan yang baharu dalam hanya beberapa saat. Selain itu, perkhidmatan langganan penapis ini menghantar penapis air gantian yang diperlukan setiap enam bulan terus ke rumah pengguna.

 

“Ketibaan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ yang maju ini sejajar dengan tahun ketiga kami berada di dalam pasaran mesin penulen air Malaysia. Dari segi perkhidmatan produk, jenama LG PuriCare™ berusaha untuk mengutamakan keperluan dari segi kemudahan dan kebebasan bagi para pengguna kami. Oleh itu, LG Electronics berusaha untuk menyediakan  inovasi dan teknologi terkini bagi memenuhi kehendak serta perubahan keperluan para pengguna menerusi produk-produk terkini kami,” kata Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia.

 

“Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ yang baru dilancarkan ini pasti akan mendapat sambutan daripada pengguna yang sentiasa aktif, dan menangani permintaan kemudahan, kebolehcapaian dan kebersihan pengguna,” kata Choi.

 

Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ yang inovatif ini juga dilengkapi dengan cirian sterilisasi ultraungu (UV), yang mensterilkan dalaman paip keluar setiap jam atau mengikut kehendak pengguna. Aplikasi LG ThinQ™ pula membenarkan para pengguna memeriksa status mesin penulen air mereka, dan menjadualkan proses sterilisasi pada bila-bila masa melalui telefon pintar. Dengan adanya Panduan Suara, para pengguna akan mendapat arahan langkah demi langkah untuk proses sterilisasi bersuhu tinggi, penukaran penapis, serta tetapan fungsi.

 

Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ mempunyai tiga variasi: warna Biru Kelasi  (Navy Blue), Perak (Silver) dan Putih (White). Bermula hari ini, pengguna boleh melengkapkan rumah mereka dengan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ terbaharu pada harga berikut:

 

Model

Warna

Harga  (RM)

Bayaran Penuh(RM)

Sewa Bulanan  (RM)

Langganan penapis 2 Tahun
(Layan diri)

Lawatan Servis Berkala

2 Tahun*

Langganan Penapis 7 Tahun
(Layan Diri)

Langganan Penapis 5 Tahun

(Layan Diri)

Lawatan Servis Berkala 7 Tahun *

Lawatan Servis Berkala 5 Tahun*

WD516AN

Biru Kelasi

RM3,200

 

 

RM4,000

RM60/ sebluan

 

 

RM90/ sebulan

RM80/ sebulan

RM110/ sebulan

Perak

Putih

 

*Lawatan servis berkala oleh juruteknik profesional LG masih boleh didapati bagi individu yang  memilih servis profesional. Juruteknik LG akan menjalankan servis pada penulen air setiap 3 bulan.

 

Untuk maklumat lanjut tentang Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ serta produk-produk lain oleh LG Electronics yang telah beranugerah, sila layari  https://www.lg.com/my atau ikut laman rasmi Facebook mereka di  https://www.facebook.com/LGEMalaysia/.

 

# # #

 

About LG Electronics, Inc.

LG Electronics is a global innovator in technology and consumer electronics with a presence in almost every country and an international workforce of more than 75,000. LG’s four companies – Home Appliance & Air Solution, Home Entertainment, Vehicle component Solutions and Business Solutions – combined for global sales of over USD 63 billion in 2021. LG is a leading manufacturer of consumer and commercial products ranging from TVs, home appliances, air solutions, monitors, service robots, automotive components and its premium LG SIGNATURE and intelligent LG ThinQ brands are familiar names world over. Visit www.LGnewsroom.com for the latest news.

 

For regular updates on LG Electronics Malaysia, head over to:

Website

https://www.lg.com/my

Facebook

https://www.facebook.com/LGEMalaysia/

Instagram

https://www.instagram.com/lg_malaysia/

TikTok

https://www.tiktok.com/@lgmalaysia?lang=en

YouTube

https://www.youtube.com/lgmalaysia

 

Media Contacts:

Teo Yong Hung

Adam Danial Zahani

Wong Shu Yi

LG Electronics (M) Sdn. Bhd.

LG-One Malaysia

LG-One Malaysia

+603 7962 7777

+60 17 870 0317

+60 12 838 3612

teo.yonghung@lge.com

AdamD.Zahani@lg-one.com

shuyi.wong@lg-one.com